LET'S DANCE TOGETHER Like My Dance ? Follow me and leave a tag │Follow │Dashboard│
//Bird&Girly
Hyeee assalamualaikum. Hari ni Ika nak sharee something ngan korang. Mesti ada yg pernah cmni kan? Nak tahu tips diaa ? K , jom!
1. Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran kepada proses pembelajaran yang kita lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa kita kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar. Walaupun kita cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang kita alami itu , tetapi lama kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku , cuba alihkan diri kita dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran tersebut. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan yang tidak tenteram itu.
2. Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini , kita hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekurang-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang kita pilih. InsyaAllah kita dapat menjawabnya :)
3. Bertenang dan jangan cemas
Kita perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya kita cemas keterlaluan. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat. InsyaAllah ia boleh membantu.
4. Jangan putus asa
Selagi kertas soalan belum dijawab , selagi itu masih ada masa untuk mengulangkaji pelajaran. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulangkaji seperti sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
LailatulSophiaHasnan Phia for short School name : School? Hahaha, 18 already :) Perak , Malaysia Boleh >_< Birthday : 30/03/1995
Status : TAKEN With My Superman . (Bakal Imam :'))
Likes
Lelaki Yang Romantik <3 Makan Aiskrim , Coklat . Aumm Aumm Suka Kacau Orang Suka Online Suka Nyanyi , Suka Makan